1 BOTOL RM17
POS SEM RM6
21 BIJI
MAKAN 1 BIJI SEHARI
Maajun Warisan Keluarga (MWK) adalah perubatan secara tradisional
sebagai perancang keluarga di samping merawat segala masalah kesihatan
dalaman wanita. Maajun ini dirumuskan secara tradisional selama 30
tahun.
Maklumat Produk
Cara penyediaan MWK adalah 100%
dari akar-akar kayu dan rempah ratus sahaja dan ia dijamin bersih, suci
dan halal di sisi agama. Tindakbalas bahan-bahan tradisional ini dapat
memelihara kesihatan tubuh badan. Tiada langsung penggunaan bahan
steroid atau bahan kimia dicampurkan di dalam produk MWK ini. Pada masa
kini adalah dikhuatiri bahawa penggunaan bahan kimia atau steroid yang
berlebihan dapat memudaratkan kesihatan tubuh badan dan ia adalah salah
satu faktor penyebab penyakit kanser.
KHASIAT DAN KEGUNAAN :
Sebagai perancang keluarga bagi yang ingin merancang keluarga (family planning).
Merawat segala masalah dalaman wanita seperti masalah keputihan, kegatalan dan bau yang tidak menyenangkan.
Dapat mengetatkan kembali liang faraj bagi wanita lepas bersalin.
Dapat memanaskan badan dan menyihatkan badan disamping menambah tenaga setiap hari
Melancarkan peredaran darah setiap bulan.
Menghilangkan kesakitan ketika datang haid (segugut).
Membuang darah-darah kotor dan toksin-toksin di dalam badan.
Menstabilkan hormon wanita.
Dapat memeliharakan sistem peranakan.
Melawaskan pembuangan air besar setiap hari.
Melegakan perut kembung dan masalah angin di dalam badan.
Mengurangkan risiko penyakit kanser kerana kandungan yang terdapat di
dalam maajun ini adalah 100% dari akar kayu dan tiada langsung
penggunaan bahan steriod di mana ia adalah salah satu faktor penyebab
kanser.
Dapat menambahkan lagi pengeluaran air susu bagi yang sedang menyusukan bayi.
Melambatkan proses menopous bagi golongan yang berumur.
Merawat segala penyakit sakit-sakit badan dan lenguh-lenguh sendi.
Cara tindakan :
Sekiranya ambil maajun ini untuk merancang keluarga, kandungan rempah
ratus yang terdapat di dalam maajun ini bertindak melumpuhkan dan
mematikan perjalanan sperma di dalam rahim seseorang itu semasa ia makan
maajun ini mengikut syarat-syarat makan yang di tetapkan.
Bagi
merawat masalah dalaman wanita pula, kandungan akar-akar kayu dan rempah
ratus ini merawat sistem peranakan melalui penyikiran bahan-bahan
toksin dan darah-darah kotor melalui pembuangan air kecil, haid dan
pembuangan air besar.
Kandungan akar kayu ini bertindak memanaskan
badan dan menyihatkan badan jadi penyakit sakit-sakit badan dan
lenguh-lenguh sendi dapat di rawat dengan berkesan dan badan menjadi
kuat.
1. Dinasihatkan supaya dilakukan ujian air kencing kehamilan untuk memastikan yang anda benar-benar tidak hamil.
2. Cara pengambilan bagi kali pertama adalah perlu diambil pada hari ketiga datang haid.
3. Makan 1 biji sehari sahaja bersama air suam. Makan selama 21 hari
sahaja. Apabila telah habis 21 biji rehat 7 hari dan sambung makan botol
ke 2 pada hari ke 8. Tanpa tunggu haid datang terus makan pada hari ke
8. Begitulah seterusnya..
Contoh: sekiranya ubat habis hari ahad perlu rehat 7 hari dan sambung botol ke dua pada hari
ahad depan
4. Bagi ibu-ibu lepas bersalin disyorkan ambil pada hari ke 43 dalam berpantang.
5. Sekiranya anda terlupa makan pada malam hari, bila tiba waktu pagi
esok terus makan 1 biji sahaja dan pada malam hari yang sama makan pula 1
biji. Jangan makan 2 biji sekali kerana ia akan menyebabkan panas
badan.
6. Adalah dinasihatkan makan dengan teratur untuk mendapat kesannya.
7. Apabila mengambil maajun ini segala ubatan tradisional yang lain
adalah tidak digalakkan kerana kandungan yang terdapat di dalam maajun
ini sudah cukup untuk kesihatan badan dan sekiranya mengambil akar-akar
kayu dari produk yang lain di khuatiri akan berlawanan dengan khasiat
yang sedia ada, jadi mungkin akan memudaratkan kesihatan. Keadaan ini
akan menyebabkan badan seseorang akan menjadi terlalu panas dan kering
sehingga mengganggu kesihatan.
8. Bagi gadis-gadis yang belum
berkahwin dan mengalami masalah seperti keputihan dan kegatalan yang
teruk adalah di nasihatkan agar mengambil maajun ini selama 5 hingga 7
hari bagi merawat masalah yang di alami. Setelah itu berhenti dan ambil
pula di bulan hadapan. Begitulah seterusnya sehingga masalah yang di
alami itu hilang.
9. Peringatan penting: tidak boleh sama sekali makan maajun ini bersama pil perancang.
Lain-lain Kegunaan Maajun
1. Ikhtiar untuk dapat anak.
Bagaimana caranya?
Biasanya orang yang susah dapat anak mengalami masalah haid tidak teratur dan
segugut yang teruk.Ini terjadi adalah di sebabkan oleh salur peranakan
(tiub fallopio) menjadi sempit akibat terdapat dicharge, toksin dan
clot darah haid yang keluar tidak habis semasa kitaran haid terjadi
melekat di dinding salur peranakan.Akibat dari penyempitan ini, sperma
tidak dapat pergi ke ovari untuk di senyawakan.
Dengan mengambil
maajun, bertujuan untuk memecahkan toksin, discharge dan darah yang
melekat di dinding rahim menyebabkan salur peranakan menjadi luas dan
sperma dapat berenang ke ovari mencari ovum (telur) untuk di senyawakan.
Berapa botol perlu di ambil?
Sehinga haid menjadi normal. Ini bergantung ke atas individu sendiri.
2. Melambatkan proses monopaus di usia muda
Bagaimana caranya?
Maajun membuang segala toksin dan darah yang melekat di dinding rahim, ini
membuatkan perjalanan haid menjadi lancar dan tidak tersumbat. Proses
ini menjadikan kitar haid tidak terhenti di usia yang muda.
Tindakbalas Di awal Pengunaannya...
1. Haid mungkin menjadi banyak dan berwarna hitam. Ada juga haid
datang 2 kali dalam masa sebulan. Janganlah khuatir kerana ini adalah di
sebabkan oleh proses penyikiran darah kotor dan toksin yang berlebihan
di dalam badan dengan pengeluran haid yang banyak, proses ini tidak
mengambil tempoh masa yang lama cuma 2 hingga 4 bulan sahaja bergantung
kepada tahap ketahanan badan seseorang itu
2. Sesetengah orang
juga mengalami sakit pingang. Ini disebabkan oleh pengeluaran haid yang
banyak. Tidak perlu merasa khuatir terusakan pemakanan maajun ini
insyallah kesakitan ini tidak akan berlanjutan kerana selepas habis
proses penyikiran bahan toksin di dalam badan, badan anda akan menjadi
sihat, ringan dan bertenaga
3. Sekiranya anda berasa panas badan adalah di galakkan supaya meminun air masak lebih untuk mengurangkan kepanasan badan