POS RM6 SEM
Alami kebaikan susu kambing yang kaya dengan kalsium, protein, garam mineral dan sesuai untuk mereka yang alah kepada susu lembu. Susu Kambing Anugerah melengkapkan keperluan nutrisi harian anda dengan kandungan yang senang disediakan dan mudah dihadam.
7 makanan terunggul di dunia diadun bersama dengan ekstrak susu kambing organik:
1. | Kismis – membekalkan tenaga segera, meningkatkan daya ingatan dan mengimbangi tahap kolesterol. | 5. | Habbatus sauda – mampu meningkatkan sistem imunisasi badan dan mengurangkan keradangan dan pembentukan sel-sel tumor. |
2. | Ginkgo Biloba –menajamkan fikiran dan meningkatkan pengaliran oksigen ke otak. | 6. | Gam Arab – mampu menstabilkan kontraksi usus kecil, mengurangkan masalah sembelit dan cirit-birit. |
3. | Delima – bertindak sebagai anti-oksidan dan melawan radikal bebas di dalam badan. | 7. | Kolagen – bahan aktif untuk awet muda, mengurangkan geseran antara tulang sendi dan menajamkan penglihatan. |
4. | Biji aprikot – mengandungi vitamin B17 yang mampu merawat dan mencegah kanser. |
Dengan menggabungkan kaedah rawatan Islam, Susu Kambing Anugerah sememangnya makanan kesihatan yang lengkap untuk anda.
Ayat-ayat al-Quran sebanyak 30 juzuk dibacakan dalam keadaan yang sempurna dengan penjagaan terhadap adab dan niat pembaca. Kemudian ayat-ayat al-Quran tersebut dibaca berulang-ulang kali mengikut kiraan tertentu.
Antara ayat-ayat dan doa-doa khusus yang terkandung di dalam Susu Kambing Anugerah ini:
• Bacaan 30 juzuk al-Quran | • Surah al-Fatihah |
• Surah al-Baqarah | • Surah al-Qadr |
• Surah as-Saffat | • Surah al-Qamar |
• Doa-doa terpilih |
Nikmati Susu Kambing Anugerah untuk membantu meningkatkan kesihatan zahir dan batin anda, Insha-Allah.
Kaedah penggunaan
Tuangkan serbuk Susu Kambing Anugerah ke dalam cawan kecil. Campurkan dengan air suam. Kacau sehingga larut.
Tertib sebelum minum
Baca selawat 3 kali, kemudian baca surah al-Fatihah, baca La Hawla Wala Quwwata Illa Billah. Akhir sekali niat kepada Allah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Sukatan
Dewasa : satu tiub setiap pagi sebelum sarapan
Kanak-kanak : setengah tiub setiap pagi sebelum sarapan